Wednesday, July 30, 2008

Rebas Cinta Semalam

Aku dan dia
Dua garis parallel
berjalan lurus
hujung tak bertemu

Dia wanita neat
Aku lelaki deep

Celana jean lusuh
Sepatu Fong Keong biru nila ku
Tak sepadan dengan
Kemilau aksesori Gucci nya.

Tapi aduhai
Senyum manis
Lesung pipit
jerat cintanya telah mengigit aku
Delapan tahun yang lalu.

Dia wanita neat
Aku lelaki deep

Bertemu kembali
Di terminal itu
Dalam takdir
Di luar jangka

“Apa khabar mu Riha…berapa anak mu sekarang?”
“Aku masih belum bekeluarga Don!..kamu bagaimana?”
“Aku sudah punya 3 putera ready made Riha.”

Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Dua garis parallel
Berjalan lurus
Hujung tak bertemu

Aduhai senyuman manis berlesung pipit
Sirna dalam rebas
Cinta semalam

Monday, July 28, 2008

Dara Batik Sarong


Dengan haruman melor
Dia menghias seri desa.

Menbersih halaman
Dengan malu dan santun

Berkain batik sarong
Berbaju kurung
Wajah tenang dan aman
Berselubung iman

Namun kini telah lama tak ku lihat dia
Laman desa berubah usang
Kemanakah geranggan menghilang
Wahai kau dara batik sarong

Pesta Unggun Api

Demi memeriahkan libur perawan-perawan
dari negara atas angin
dia menyediakan satu pesta unggun api
di pantai Nusa
Se elok saja azan magrib usai
Api pun di marakkan.

Tepian unggun pembakaran
Jantan melayu itu memetik gitar tua nya
Setelah 3 tin air buih di tegok
kerongkongnya nyaring lancar beteriak
menyanyikan lagu “Tanya sama itu Hud-hud”.

Pintu yang mana kah?
Jalan yang mana kah?
Akan dia pilih

Atau nantinya dia tidak ketemu
dengan jalan dan pintu

Malam semakin larut
Api semakin galak dan marak

Dengan tongkat iman paling kerdil
Aku menguis-guis percikan
bara-bara api itu
Aku tidak mahu jadi kelkatu alpa
yang tidak betemu jalan dan pintu
teruja dengan cahaya percikan
bunga-bunga api
membakar diri.