Saturday, August 16, 2008

zombie

Kulit-kulit iman ku
Tersiat mengelupas
Di cakar di carik
Kuku-kuku mungkar nan liar.

Zombie-zombie nafsu
Merata-rata
Rakus di kanan dan kiri ku
Cuba mengeronyok dan membaham
Menyedut darah sabar ku.

Mengelepar, meronta
Aku memapah kudrat
Persis langkah pendekar
Melibas menghayun
Pedang-pedang amal

Mempertahan
Menghalau usir
Segala anasir yang hadir.


Taman Kayu Suci
10 hb Ogos 08