Thursday, October 23, 2008

Raungan Anak Belentara

Belentara ini periuk nasi kami
Mendenyutkan nadi anak dan isteri
Igauan ngeri kini bila ia kau cerobohi

Dara serta hutan kami kau punah
Hanya kerana untuk kau bermegah
Kau lena di ruang mewah
Kami merana bergelut payah.

Korus:
Alam hijau tiada kicau
Racau…racau…racau..
Risau…risau…risau..
kemana Kuang hendak berdendang
Kali di gunung kering kontang.

Jeritan kami mati suara
larut oleh emas ringgit
kemanusiaan bukan bicara
Nasib kami perit terhimpit

No comments: