Aku si pengambara
bekelana di lembah kehidupan
meniupkan seruling
lagu aman lagu damai.
Keluar lah kalian
turun lah ke padang saujana
putuskan belenggu
mari bersama ku
nyanyikan…alunkan
lagu aman lagu damai.
Korus:
Bebas kan suara
dalam rentak merdeka jiwa
kita bukan orang derhaka
bukan juga abdi
yang boleh di jual beli
Dengarkan tiupan serulingku
bersama kita menyapa awan keadilan
buang malang,lucutkan rawan
nyanyikan…alunkan
Lagu aman lagu damai.
Thursday, October 23, 2008
Raungan Anak Belentara
Belentara ini periuk nasi kami
Mendenyutkan nadi anak dan isteri
Igauan ngeri kini bila ia kau cerobohi
Dara serta hutan kami kau punah
Hanya kerana untuk kau bermegah
Kau lena di ruang mewah
Kami merana bergelut payah.
Korus:
Alam hijau tiada kicau
Racau…racau…racau..
Risau…risau…risau..
kemana Kuang hendak berdendang
Kali di gunung kering kontang.
Jeritan kami mati suara
larut oleh emas ringgit
kemanusiaan bukan bicara
Nasib kami perit terhimpit
Mendenyutkan nadi anak dan isteri
Igauan ngeri kini bila ia kau cerobohi
Dara serta hutan kami kau punah
Hanya kerana untuk kau bermegah
Kau lena di ruang mewah
Kami merana bergelut payah.
Korus:
Alam hijau tiada kicau
Racau…racau…racau..
Risau…risau…risau..
kemana Kuang hendak berdendang
Kali di gunung kering kontang.
Jeritan kami mati suara
larut oleh emas ringgit
kemanusiaan bukan bicara
Nasib kami perit terhimpit
Saturday, August 16, 2008
zombie
Kulit-kulit iman ku
Tersiat mengelupas
Di cakar di carik
Kuku-kuku mungkar nan liar.
Zombie-zombie nafsu
Merata-rata
Rakus di kanan dan kiri ku
Cuba mengeronyok dan membaham
Menyedut darah sabar ku.
Mengelepar, meronta
Aku memapah kudrat
Persis langkah pendekar
Melibas menghayun
Pedang-pedang amal
Mempertahan
Menghalau usir
Segala anasir yang hadir.
Taman Kayu Suci
10 hb Ogos 08
Tersiat mengelupas
Di cakar di carik
Kuku-kuku mungkar nan liar.
Zombie-zombie nafsu
Merata-rata
Rakus di kanan dan kiri ku
Cuba mengeronyok dan membaham
Menyedut darah sabar ku.
Mengelepar, meronta
Aku memapah kudrat
Persis langkah pendekar
Melibas menghayun
Pedang-pedang amal
Mempertahan
Menghalau usir
Segala anasir yang hadir.
Taman Kayu Suci
10 hb Ogos 08
Wednesday, July 30, 2008
Rebas Cinta Semalam
Aku dan dia
Dua garis parallel
berjalan lurus
hujung tak bertemu
Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Celana jean lusuh
Sepatu Fong Keong biru nila ku
Tak sepadan dengan
Kemilau aksesori Gucci nya.
Tapi aduhai
Senyum manis
Lesung pipit
jerat cintanya telah mengigit aku
Delapan tahun yang lalu.
Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Bertemu kembali
Di terminal itu
Dalam takdir
Di luar jangka
“Apa khabar mu Riha…berapa anak mu sekarang?”
“Aku masih belum bekeluarga Don!..kamu bagaimana?”
“Aku sudah punya 3 putera ready made Riha.”
Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Dua garis parallel
Berjalan lurus
Hujung tak bertemu
Aduhai senyuman manis berlesung pipit
Sirna dalam rebas
Cinta semalam
Dua garis parallel
berjalan lurus
hujung tak bertemu
Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Celana jean lusuh
Sepatu Fong Keong biru nila ku
Tak sepadan dengan
Kemilau aksesori Gucci nya.
Tapi aduhai
Senyum manis
Lesung pipit
jerat cintanya telah mengigit aku
Delapan tahun yang lalu.
Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Bertemu kembali
Di terminal itu
Dalam takdir
Di luar jangka
“Apa khabar mu Riha…berapa anak mu sekarang?”
“Aku masih belum bekeluarga Don!..kamu bagaimana?”
“Aku sudah punya 3 putera ready made Riha.”
Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Dua garis parallel
Berjalan lurus
Hujung tak bertemu
Aduhai senyuman manis berlesung pipit
Sirna dalam rebas
Cinta semalam
Monday, July 28, 2008
Dara Batik Sarong
Pesta Unggun Api
Demi memeriahkan libur perawan-perawan
dari negara atas angin
dia menyediakan satu pesta unggun api
di pantai Nusa
Se elok saja azan magrib usai
Api pun di marakkan.
Tepian unggun pembakaran
Jantan melayu itu memetik gitar tua nya
Setelah 3 tin air buih di tegok
kerongkongnya nyaring lancar beteriak
menyanyikan lagu “Tanya sama itu Hud-hud”.
Pintu yang mana kah?
Jalan yang mana kah?
Akan dia pilih
Atau nantinya dia tidak ketemu
dengan jalan dan pintu
Malam semakin larut
Api semakin galak dan marak
Dengan tongkat iman paling kerdil
Aku menguis-guis percikan
bara-bara api itu
Aku tidak mahu jadi kelkatu alpa
yang tidak betemu jalan dan pintu
teruja dengan cahaya percikan
bunga-bunga api
membakar diri.
dari negara atas angin
dia menyediakan satu pesta unggun api
di pantai Nusa
Se elok saja azan magrib usai
Api pun di marakkan.
Tepian unggun pembakaran
Jantan melayu itu memetik gitar tua nya
Setelah 3 tin air buih di tegok
kerongkongnya nyaring lancar beteriak
menyanyikan lagu “Tanya sama itu Hud-hud”.
Pintu yang mana kah?
Jalan yang mana kah?
Akan dia pilih
Atau nantinya dia tidak ketemu
dengan jalan dan pintu
Malam semakin larut
Api semakin galak dan marak
Dengan tongkat iman paling kerdil
Aku menguis-guis percikan
bara-bara api itu
Aku tidak mahu jadi kelkatu alpa
yang tidak betemu jalan dan pintu
teruja dengan cahaya percikan
bunga-bunga api
membakar diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)