Wednesday, July 30, 2008

Rebas Cinta Semalam

Aku dan dia
Dua garis parallel
berjalan lurus
hujung tak bertemu

Dia wanita neat
Aku lelaki deep

Celana jean lusuh
Sepatu Fong Keong biru nila ku
Tak sepadan dengan
Kemilau aksesori Gucci nya.

Tapi aduhai
Senyum manis
Lesung pipit
jerat cintanya telah mengigit aku
Delapan tahun yang lalu.

Dia wanita neat
Aku lelaki deep

Bertemu kembali
Di terminal itu
Dalam takdir
Di luar jangka

“Apa khabar mu Riha…berapa anak mu sekarang?”
“Aku masih belum bekeluarga Don!..kamu bagaimana?”
“Aku sudah punya 3 putera ready made Riha.”

Dia wanita neat
Aku lelaki deep
Dua garis parallel
Berjalan lurus
Hujung tak bertemu

Aduhai senyuman manis berlesung pipit
Sirna dalam rebas
Cinta semalam

7 comments:

benludin said...

boleh jual lirik ni kat Inul...bikin dangdut..hehe

benludin said...

tahniah bro...another bombastic blog in the making..

ummzaid said...

patut pun genius..

benludin said...

rebas=raban??

aku ni bab2 sastera ni mmg zero...

ubilepih said...

Kalau meor minat ok gak...tapi for sure aku tak mahu kasi kat jenis-jenis inul and anuar zain,lagi leceh kalau kak nita,atau dato CT...depa dari skool yg lain..ha..ha..

Syukran kalau gua di kurniakan otak genius oleh Allah.anya itu hak dia,gua cuma pinjam jer.

benludin said...

kumpul byk2 bro..mana tau one day ada org interested..bleh jadi penulis lirik terkenal seantero malaya beb...

tp make sure jgn jual kat mawi,ct atau yg seangkatan dgnnya...spoil lirik je...haha

angan2 yg mungkin jadi kenyataan...

IKRAB family said...

hahaha.....aku setuju bab jgn jual kat depa2 yg ditulis oleh ben tuh.
dangdut pun orait gak hehehe.
p.c.